Mandi malam & minum air batu…..

Mandi malam & minum air batu, kesannya ke atas paru-paru.

Assalamualaikum wbt sekelian muslimin.
Lebih dahulu saya menjelaskan pengertian sains itu sendiri. Sains menurut kamus oxford ialah satu cabang ilmu pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen untuk membuat rumusan idea, penerangan dan pemahaman terhadap fenomena alam semula jadi.

Dan ini pula adalah penjelasan yang lebih menyeluruh mengenai sains di wikipedia. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sains .Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru.

Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas ini.

Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air.

Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esofagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity).

Apabila seseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain.

Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida.

Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi. Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah.

Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu. Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih tajuk yang berkaitan bagi Projek Tahun Akhir beliau. Saya banyak membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya.

Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Mr Y. Mr Y berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang tabiaatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr Y sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas). Mr Y juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuca agak panas bagi saya. Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, siisteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr Y tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr Y tidur bersendirian tanpa buka kipas.

Bagi makluman pembaca sekelian, Mr Y sudah kena simptom “kalah sejuk” iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya.

Berikut pula adalah penjelasan bagi kes mandi malam.

Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair.

Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan. Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm. Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastik transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke?? Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi.

Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.

Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kepada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair.

Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan sekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan “Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? ”.

Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah “Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya ”.

Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata “badan dah panas, nak buat apa!”. Begitulah kata-kata orang yang degil.

Dari penjelasan ringkas saya di sini boleh dirumuskan bahawa:

MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru.

Sekian Wassalam Wallahualam.

Source – www.Tranungkite.net

~ by amirhk on 30 January 2007.

31 Responses to “Mandi malam & minum air batu…..”

  1. betul tu amir..x elok mandi malam n minum ais..especially utk prempuan n bg mereka2 yg bergiat dalam aktiviti sukan/lasak.. salah satu penyakit lain dr minum ais berlebihan ni..mudah sakit urat..

    lagi satu..bg pompuan plak..kalo nak jage/maintain bdn bykkan minum ais suam..try it mmg berkesan..kawan2 n wanie pun skrg jarang sgt minum yg berais..

    wassalam…

  2. Very informative, cuma boleh x elaborate tanda-tanda sakit paru-paru berair nih? Sbb saya pun suka mandi malam dulu

  3. informasi ini bagus utk kita jadikan guideline..saya juga dulu suka mandi mlm..setelah jiran saya meninggal sebab paru2 berair..saya tak berani lagi mandi mlm2.

  4. trime kasih atas maklumat yg diberi.. sy mmg ada sorang kwn yg suka mandi mlm.. nampaknya sy kena tegur dia tentang tabiat mandi malam dia..trima kasih sekali lagi..

  5. time kasih atas information ni..
    kalo ad lg info kesihatan yg lain, bg tau la…
    sy b’mint nk tahu

  6. Selama yang saya belajar dalam ilmu perubatan asas ni, memang darisegi etiologi bagi masalah acute pulmonary oedema tak dapat di sahkan berkait dari amalan mandi malam atau minum air batu, sebab banyak faktor lain yang turut menyumbang keadaan ini seperti congestive cardiac failure atau kegagalan fungsi buah pinggang juga boleh dikaitkan dengan masalah paru2 berair ini, mungkin kajian ini memerlukan lebih banyak bukti klinikal untuk mengaitkan amalan ini menjadi punca penyakit yang dinamakan APO itu

  7. btl 2…saya antara seorg yg menghidap penyakit ini..tp bukanla berpunca dr mandi mlm..sejak dr kecil sy mmg ada masalah dgn paru2 kerana bdn yg lemah..terasa amat seksa sekali tambahan pula bile terkena udara sejuk..kalau terkena hujan sikit pun mesti serta-merta bdn menjadi lemah..amat kerap juga mengalami muntah darah, dan hidung berdarah..pesanan sy kepada semua pembaca,jagalah kesihatan sblm mendpt penyakit yg lbh serius..bg yang suka mandi mlm n suka minum ais batu tu,kurang2kan lah amalan sedemikian kerana ia akan memberikan kesan jangka pnjg yg tidak baik..
    assalamualaikum

  8. erm…betul ke mandi malam n minum air batu nie leh sakit pasru2 berair…saya nie…selalu sangat mandi malam….boleh dikatakan hari2…dan sekarang saya da selalu semput je….isau gak…ntahla…kalau tak mandi after lik keje, rasa rimas…memang parents saya marah….tapi saya yang degil…

  9. tanda2 paru2 berair nie ada tak?

  10. sbb.. saya rasa.. paru2 saya sering sakit.. dan adakalanya susah nak bernafas… saya tak boleh terlalu sejuk.. mesti mengigil.. dan saya sekarang nie mengalami batuk yang agak kronik…

  11. ada seorang sahabat saya pernah cakap, minum ais dengan kerap boleh membawa masalah kemandulan bagi perempuan. betul ke?

  12. paru-paru sy ada kahak dan jangkitan kuman…adakah a kategori paru-paru berair?atau penyakit lain?

  13. Saya terbaca blog ini sebab tengah mencari maklumat mengenai masalah paru paru. Kebelakangan ini, nafas saya terlalu pendek. Kadan2 susah nak tarik nafas. Setelah baca blog ini dan mengaitkannya dengan situasi saya, saya mungkin mengalami simpton “kalah sejuk”. Sejak kecil lagi saya tak dapat tidur pakai air cond ataupun kipas. dan tapak tangan dan kaki saya sering berpeluh. Boleh tak terangkan lebih lanjut lagi mengenai masalah ini? terima kasih.

  14. hai, saya ingin sgt tahu adakah punca lain paru2 berair? saya selalu berenang malam (8-10mlm), adakah ia menyebabkan paru2 berair???

  15. hai saya ayu …. saya ingin mengetahui bagaimanakah cara untuk mengurangkan paru-paru berair…..

  16. yup..sape2 tau tak cara nak reducekan penyakit paru2 berair ni selain cara tebuk buang air dari bahagian dada tu?

  17. sy selalu juga mndi mlm dalam 4x juga 1 mgu tu..sbb sy nya training mlm2..badan berpeluh lepas training taekwndo..so kalu x mandi..xslesa nk tdo..nnti bau la tmpat tdo sy kalu sy tdo x mandi..so mcm mana ya?? boleh x klau sy mandi mlm juga, tp guna air suam la…supaya xda la badan sy tekena sejuk sangat? efek mndi mlm dgn air paip biasa dan yg mandi dengan air panas ada beza x?

  18. trima kasih ats maklumat penting ini.. kawan sya mengalami penyakit tsebut, dia slalu mengadu sakit dada…bgaimanakah cara utk mengurangkan kesakitan & pnderitaanya itu??

  19. Selain itu juga sesipa yang menpunyai sakit dada or asthma elakkan lah tidur menggunakan kipas,minum air2 ais,merokok dan macam2 yang boleh menbahayakn..jagalah diri anda sebaik mungkin.selain itu yang ada penyakit asthma atau dipangil lelah..carilah dua ekor lipas dan dibakar sehingga hangus kemudian hancurkan dan campurkan dengan minyak kelapa dan baca selawat dan al fatihah..kemudian sapu di dada insyahallah akan pulih..dan juga sakit dada………….

  20. em ,, apa pula kesan kalau mandi malam tapi guna air panas?? tolong bgtau ye ..

  21. bley tak kalau bagi tau makanan yang kena pantang kalau kena paru-paru berair ni n penyakit ni berjangkit ke? coz saye ad bce ckp pneumonia ni berjgkit kalau kategori yg disbbkan kuman. and ada ubat tak utk penyakit ni coz mostly people yg kne pyakit ni will die. do u have any alternative to cure this think. anything u know maybe. p/s: may i have ur reply asap pleaseeee…..

  22. pnkit ni bleh baik k ????
    tempoh pnkit ni bleh jd thp kritikal

  23. [...] { March 28, 2009 @ 6:32 am } · { perubatan } re-post from amir’s blog™ [...]

  24. Hi Amir. I hv been wondering.. what is the correct term for peparu berair ni. PUlmonary oedema? Pulmonary effusion?? Pneomonia?
    Thanks

  25. saya merupakan paramedik sahaja. pada saya, saya tidak berapa setuju dengan artikel ini. apa yang saya tau (mungkin tidak tepat) sistem badan kita akan bertindak balas dengan bahan asing yang masuk dalam badan secara serta merta. dal;am alveolus ianya di selaputi oleh (mukus) lendir sebagai pelembab dan fungsi tertentu. pada pendapat saya kondensasi yang berlaku tidak memungkinkan pengumpulan air pada jumlah yang banyak. kerana sistem tubuh akan bertindak segera, malah dalam beberapa kes Doktor memasukkan air (Normal Saline) sebagai ‘flushing’. macamana pula manusia dari zon panas berada di tempat sejuk yang melampau? ada tak journal lain yang boleh menyokong pendapat ini. pada saya artikel ini adalah hipotesis semata-mata. kalau ada boleh tak kita kongsi disini

  26. salam..info ni amat brguna buat saya.tunang saya mmg suka mandi malam,suka sgt2 minum air sejuk.asalnya,sjk dr kcil dia sudah ada penyakit athma.bila dewasa,penyakit makin menjadi2.mungkin sbb tabiat pemakanan dia yang x elok.dia akan semput selepas keluar dari tempat sejuk.dari kecil hingga sekarang,dia x pernah tinggalkan uba penyedut lelahnya.saya amat risau kerana sekarang dia mempunyai penyakit baru,iaitu paru2 berair.saya ingin tahu apakah cara untuk mengubati,apakah makanan yg tidak boleh dimakan,dan apakah aktiviti yang tidak boleh dibuat..salam

  27. Salam. Saya seorang pelajar perubatan. Saya ada bertanya dengar seorang Respiratory Physician di universiti. Die menafikan artikel di atas. Kondensasi tidak mungkin berlaku di salur pernafasan dengan kuantiti yang banyak. Sistem immune badan sepatutnya dapat emngatasi masalah ini. Maka, saya rasakan paru-paru berair (pneumonia) 90% disebabkan oleh jangkitan bakteria (msinly Staph aureus). Sistem Immune badan akan bertindak melalui proses inflamation. Inflammation akan menyebabkan salur darah menjadi leaky dan menyebabkan plasma yang kaya dengan protein keluar dari salur darah dan masuk ke alveoli peparu apabila vena tersumbat (vein congestion). Proses ini akan berterusan dan menyebabkan peparu dipenuhi cecair (which is y i think it is called peparu berair). I think this is how peparu berair berlaku. Bukan kerana kondensasi. Tentang tabiat mandi malam dan minum air sejuk, saya rasa ia tidak menyebabkan kondensasi, tapi mungkin merendahkan immune sistem badan melalui peluh , suhu yang rendah (mudah untuk pembiakan bakteria) dan sebagainya. Itu pendapat saya la.

    Untuk pneumonia, saya tak rasa ada makanan yang x blh dimakan atau aktivii yang x ptut. Cuma, biasa doktor akan bagi antibiotik sampai penyakit tu sembuh. Rasanya, kebersihan diri adalah penting utk dijaga untuk mengelakkan jangkitan semula (recurrent infection). Hope thats help.

    • wan saya sokong apa yg kamu terangkan.. even saya bukan pelajar perubatan pun saya rasa kalau saya nak tau sesuatu eapeacialy bab2 kesihatan saya akan semak kat doctor or wikipedia or whatever yg kita boleh dapat dalam internet.. parents saya pun slalu ingatkan saya tentang mandi malam, ice water dengan isu paru2 berair nie n ada juga perbalahan dengan kawan2 soal nie but with your information, I hope it would help them n everyone to understand this situation better. thanks

  28. petikan dari forum al-fikrah.net

    PANDANGAN DOKTOR TERHADAP PARU-PARU BERAIR

    Paru2 berair = sinonim dgn pneumonia (bg org melayu)->

    tapi kalau melihatkan patologinya (keadaan kerosakkannya), takdepun air dlm paru2 tu.Jadi kalau nak ikut istilah patologi, paru2 berair ni lebih tepat merujuk kepada pulmonoary oedema dan juga pleural effusion.

    Kedua2 keadaan ni, kalau dilihat pada keadaan paru2 pesakit tu, memang terdapat takungan air.TAPI, utk konteks perbincangan dan berdasarkan soalan yg ditanya, paru2 berair yg dimaksudkan adalah pneumonia / radang paru2.

    Faktor penyebabnya banyak (sekurang2nya ada 30 causes). Tapi dua kump utama adalah:
    1. Infective Pneumonia (faktor jangkitan)
    2. Aspiration Pneumonia (faktor bukan jangkitan)Yang paling biasa/common, adalah infective cause yg mana penyebabnya kebiasaannya adalah dari kuman atau virus.

    Antaranya:-Kumana) Streptococcus Pneumoniaeb) Staphylococcus Aureusc) Haemophilus Influenza-Virusa) Influenza virusb) Respiratory Syncytial virusc) AdenovirusAntara penyebab Aspiration pneumonia :

    Inhaling vomit, irritating fumes, or other substances can result in aspiration pneumonia. Agents such as petroleum solvents, dry cleaning fluid, lighter fluid, kerosene, gasoline, and liquid polishes and waxeswww.ehealthmd.com/libr…#infectivePrevention / PencegahanUtk mana2 penyakit yg disebabkan oleh jangkitan kuman/virus, yang paling penting, kena jaga kebersihan (hygene).

    Itu yg plg senang dan plg org selalu terlepas pandang.- kalau batuk, tutup mulut dgn tisu/sapu tangan- basuh tangan (dgn sabun lagi bagus) sebelum makan- basuh tangan (dgn sabun, kalau boleh wajib) selepas ke tandas- kalau ada orang lain batuk, elakkan duduk berdekatan dgn org itu- makan/minum makanan/minuman yg benar2 masakIni semua utk elakkan jangkitan* Antara komplikasi pneumonia ni, adalah pulmonary edema (komplikasi dari aspiration pneumonia) dan pleural effusion (komplikasi dari infective pneumonia).

    Mungkin sbb tu dtgnya istilah paru2 berair utk pneumonia ni, iaitu bagi mereka yg ada komplikasi dari penyakit pneumonia tu sendiri.

    * Mandi malam dan minum air sejuk tak boleh menyebabkan paru2 berair / pneumonia. Setakat ni tak penah jumpa lagi dalil ni (mandi malam/minum air ais sebabkan pneumonia) kat mana2 buku teks perubatan standard. Allahua’lam.rujukan:

    Oxford handbook of clinical meds, 4th ednpg 332 – 336www.emedicinehealth.co…a%20Causeswww.ehealthmd.com/libr…#infective

  29. Hi, mcm mana mereka yang bekerja d offshore? Mereka kerja 12jam dan teruk. Berpeluh dan kotor. Habis kerja pukul 0000hrs. Adakah mereka lebih senang untuk dijangkiti penyakit ini? Ada tak cara untuk mengubati penyakit ini selain ditebuk dada? Tq

  30. t’lalu bnyk percanggahan pndpt tentang penyakit paru2 b’air ni..bg mereka yg btul2 nk tau psl pnykit ni akn t’keliru dan xtau mne stu fkta yg btul..utk pngthuan, sy pn slh s’org yg sk mndi mlm n sk mnum air sjuk..sometimes rs ssh nk b’nfs, nfs pn jd pndk n salu rs skit dada..btul atau tdk ini tnd2 paru2 b’air atau ada pnykit lain?tlg bg mklumt yg jelas..

Leave a Reply