Ada Angin Pohon Akan Bergoyang
Ada angin pohon akan bergoyang; Maksudnya kalau ada cerita, pasti sesuatu perkara itu akan menjadi bahan bercerita atau ‘ kalau ada sesuatu perkara berlaku, ia pasti akan menjadi buah mulut’. Selain dari itu, eribahasa ini juga boleh dikaitkan dengan sesuatu kejadian yang sudah heboh diperkatakan, sama ada dari mulut orang yang membuat cerita itu ataupun dari mulut tempayan yang mendengar sesuatu cerita itu dari mulut tempayan orang lain.
Dalam sehari, kalau tak ada angin yang bertiup, tentu kita akan rasa rimas atau kurang selesa. Lebh – lebih lagi kalau kita berada di luar rumah atau diluar sebarang bangunan. Kalau ada angin yang berhembus, selesalah sikit rasanya. Taklah rimas sangat. Pergerakan seharipun, tidaklah rasa terhalang.
Begtu juga dengan kehidupan seharian, kalau tak ada cerita, tak adalah bahan yang akan menjadi cerita. Terasa sunyi sepi hidup ini. Tak ‘cukup sempurna’ rasanya fungsi mulut yang telah menjadi salah satu pancaindera penting dalam hidup kita.
Kalau ada cerita, tak kira cerita biasa atau luar biasa, tak kira cerita sejengkal atau sedepa, semuanya boleh dijadikan bahan untuk bercerita. Cerita biasa pun boleh diukir dan dikarut menjadi cerita yang luar biasa. Malah cerita yang sejengkal pun boleh diolah dan dianyam-anyam menjadi berdepa- depa. Itulah kemampuan kita sebagai manusia untuk membawa cerita.. tak kiralah cerita rasmi atau sebaliknya.
Angin itu pula, kalau kuat tiupannya, kuatlah juga pohon bergoyang. Pendeknya kalau hangat sesuatu cerita itu, makin hangatlah jadi bualannya. Sampai berhari-hari, mungkin juga berminggu-minggu bermain di mulut.
Peribahasa diatas juga boleh dikaitkan dengan ‘dah tumbuh dah melata, dah sungguh orang pasti kata’, yang bermaksud , sesuatu benda yang sudah ada, memanglah sudah tersedia ada. Tak boleh dikatakan tak ada. Sesuatu yang sudah ada, memang ternyata buktinya ada. Tak boleh lagi nak berdolak-dalik nak dikatakan tak ada. Benda atau perkara yang dah tumbuh, tandanya ia sudah wujud. Kalau dibuang atau dihapuskan sekalipun, kesannya pasti ada. Dalilnya, sesuatu itu memang tetap ada, Cuma kita saja yang men’tiada’kannya, kerana sebab atau alasan – alasan tertentu.
Ada angin pohon akan bergoyang, kalau tak satu angin, dunia pun asyik nak berperang. Kalau dah terlalu kpala angin, langsung tak mahu dengar nasihat orang.Demikianlah….
amirhk2808 | 20/08/2000
About this entry
You’re currently reading “Ada Angin Pohon Akan Bergoyang,” an entry on amir's blog™
- Published:
- 26 January 2007 / 12:12 am
- Category:
- Nukilan
- Tags:
No comments yet
Jump to comment form | comment rss [?] | trackback uri [?]